Baihaqi memberitakan dari
Abdullah bin Ja'far ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia,
mulailah Nabi SAW diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Satu
peristiwa, beliau telah dihadang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat
Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka beliau, namun beliau tidak membalas
apa pun.
Apabila beliau tiba di rumah,
datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu
sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka
berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: 'Wahai puteriku! Jangan engkau
menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!' beliau membujuk puterinya itu.
Beliau pernah berkata: Sebelum
ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku,
sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulailah mereka menggangguku
dan mengacau ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya
karena menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai paman! Alangkah
segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308;
Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)
Thabarani telah memberitakan dari
Al-Harits bin Al-Harits yang menceritakan peristiwa ini, katanya: Apabila aku
melihat orang ramai berkumpul di situ, aku pun tergesa-gesa datang ke situ,
menarik tangan ayahku yang menuntunku ketika itu, lalu aku bertanya kepada
ayahku: 'Apa sebab orang ramai berkumpul di sini, ayah?' 'Mereka itu berkumpul
untuk mengganggu si pemuda Quraisy yang menukar agama nenek-moyangnya!' jawab
ayahku. Kami pun berhenti di situ melihat apa yang terjadi. Aku lihat
Rasulullah SAW mengajak orang ramai untuk mengesakan Allah azzawajaila dan
mempercayai dirinya sebagai Utusan Allah, tetapi aku lihat orang ramai
mengejek-ngejek seruannya itu dan mengganggunya dengan berbagai cara
sehinggalah sampai waktu tengah hari, maka mulailah orang bubar dari situ.
Kemudian aku lihat seorang wanita
datang kepada beliau membawa air dan sehelai kain, lalu beliau menyambut tempat
air itu dan minum darinya. Kemudian beliau mengambil wudhuk dari air itu,
sedang wanita itu menuang air untuknya, dan ketika itu agak terbuka sedikit
pangkal dada wanita itu. Sesudah selesai berwudhuk, beliau lalu mengangkat
kepalanya seraya berkata kepada wanita itu: Puteriku! lain kali tutup rapat
semua dadamu, dan jangan bimbang tentang ayahmu! Ada orang bertanya: Siapa dia
wanita itu? jawab mereka: Itu Zainab, puterinya - radhiallahu anha.
(Majma'uz-Zawa'id 6:21)
Dalam riwayat yang sama dari
Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah,
sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: 'Wahai manusia sekaliani
Ucapkanlah 'Laa llaaha lliallaah!' nanti kamu akan terselamat!' beliau menyeru
berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada
orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya,
ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari.
Kemudian aku lihat ada seorang
wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh
wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata:
Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh ...
! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orangorang di situ: Dia
itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.
(Majma'uz Zawa'id 6:21)
Bukhari meriwayatkan dari Urwah
r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi
SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: 'Beritahu aku
tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin
terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka'bah,
tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu'aith, lalu dibelitkan seutas kain pada
tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang
Abu Bakar ra. lalu dipautnya bahu Uqbah dan ditariknyanya dengan kuat hingga
terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah:
'Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah!'
padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!' (Al-Bidayah Wan-Nihayah
3:46)
Suatu riwayat yang dikeluarkan
oleh Ibnu Abi Syaibah, dari Amru bin Al-Ash ra. katanya: Aku tidak pemah lihat
kaum Quraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti yang aku lihat pada suatu
hari di bawah lindungan Ka'bah. Mereka bersepakat merencanakan pembunuhan
beliau sedang mereka duduk di sisi Ka'bah. Apabila Rasulullah SAW datang dan
bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada
Rasulullah SAW dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk beliau, lalu
disentaknya dengan kuat sekali, sehingga beliau jatuh tersungkur di atas kedua
lututnya. Orang ramai yang berada di situ menjerit, menyangka beliau telah mati
karena cekikan keras dari Uqbah itu. Maka ketika itu segeralah Abu Bakar ra.
datang dan melepaskan cekikan Uqbah dari Rasulullah SAW itu dari belakangnya,
seraya berkata: Apa ini? Adakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan
'Tuhanku ialah Allah!' Uqbah pun segera berundur dari tempat Rasuluilah SAW itu
kembali ke perkumpulan teman-temannya para pemuka Quraisy itu. Rasulullah SAW
hanya bersabar saja, tidak mengatakan apa pun. Beliau lalu berdiri
bersembahyang, dan sesudah selesai sembahyangnya dan ketika hendak kembali ke
rumahnya, beliau berhenti sebentar di hadapan para pemuka Quraisy itu sambil
berkata: 'Hai kaum Quraisy! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam genggaman
Tuhan! Aku diutus kepada kamu ini untuk menyembelih kamu!' beliau lalu
mengisyaratkan tangannya pada tenggorokannya, yakni beliau rnenjanjikan mereka
bahwa mereka akan mati terbunuh. 'Ah, ini semua omong kosong!' kata Abu jahal
menafikan ancaman Nabi SAW itu. 'Ingatlah kataku ini, bahwa engkau salah
seorang dari yang akan terbunuh!' sambil menunjukkan jarinya ke muka Abu jahal.
(Kanzul Ummal 2:327)
Ahmad memberitakan dari Urwah bin
Az-Zubair dari Abdullah bin Amru ra. bahwa Urwah pernah bertanya kepada
Abdullah: 'Tolong beritahu aku apa yang pernah engkau lihat dari kaum Quraisy
ketika mereka menunjukkan permusuhannya kepada Rasulullah SAW?'. Abdullah
bercerita: Aku pernah hadir dalam salah satu peristiwa ketika para pemuka
Quraisy bermusyawarah di tepi Hijir (Ka'bah), mereka berkata: Apa yang kita
tanggung sekarang lebih dari yang dapat kita sabar lagi dari orang ini! Dia
telah mencaci nenek-moyang kita, memburuk-burukkan agama kita,
memporak-perandakan persatuan kita, dan mencerca tuhan-tuhan kita, siapa lagi
yang dapat bersabar lebih dari kita ... !'
Di tengah mereka
berbincang-bincang itu, tiba-tiba muncullah Rasulullah SAW datang dan langsung
menghadap sudut Ka'bah, lalu beliau bertawaf keliling Ka'bah, dan apabila
beliau berlalu di tempat kaum Quraisy itu sedang duduk, mereka melontarkan
beberapa perkataan kepadanya, namun beliau hanya berdiam diri belaka. Apabila
beliau bertawaf kali kedua, mereka tetap menyampaikan kata-kata mengejek, namun
beliau tidak berkata apa pun. Tetapi pada tawaf keliling ketiga, bila mereka
mengejek-ngejek lagi, beliau lalu berhenti seraya berkata kepada mercka: 'Hai
pemuka Quraisy! Dengarlah baik-baik! Demi jiwa Muhammad yang berada di dalam
genggaman Tuhan, sebenarnya aku ini mendatangi kamu untuk menyembelih kamu!'
Mendengar itu, semua orang yang di situ merasa berat sekali, sehingga setiap
seorang di antara mereka merasakan seolah-olah burung besar datang untuk
menyambarnya, sampai ada orang yang tidak sekeras yang lain datang untuk
menenangkan perasaan beliau supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang mengancam,
karena mereka sangat bimbang dari kata-katanya. 'Kembalilah sudah, wahai Abu
Al-Qasim!' bujuk mereka. 'Janganlah engkau sampai berkata begitu! Sesungguhnya
kami sangat bimbang dengan kata-katamu itu!' Rasuluilah SAW pun kembalilah ke
rumahnya.
Kemudian pada hari besoknya,
mereka datang lagi ke Hijir (Ka'bah) itu dan berbicarakan permasalahan yang
sama, seperti kemarin, dan aku duduk di antara mereka mendengar pembicaraan
mereka itu. 'Kamu semua cuma berani berkata saja, cuma berani mengumpat sesama
sendiri saja, kemudian apabila Muhammad mengatakan sesuatu yang kamu tidak
senang, kamu lalu merasa takut, akhirnya kamu membiarkannya!' kata yang satu
kepada yang lain. 'Baiklah,' jawab mereka.' Kali ini kita sama-sama bertindak,
bila dia datang nanti.' Dan seperti biasa Rasulullah SAW pun datang untuk
bertawaf pada Ka'bah, maka tiba-tiba mereka melompat serentak menerkamnya
sambil mereka mengikutinya bertawaf mereka mengancamnya: 'Engkau yang mencaci
tuhan kami?' kata yang seseorang. 'Engkau yang memburuk-burukkan kepercayaan
kami, bukan?' kata yang lain. Yang lain lagi dengan ancaman yang lain pula.
Maka setiap diajukan satu soalan kepada Rasulullah SAW itu, setiap itulah dia
mengatakan: 'Memang benar, aku mengatakan begitu!' Lantaran sudah tidak
tertanggung lagi dari mendengar jawaban Nabi SAW itu, maka seorang dari mereka
lalu membelitkan kain ridaknya pada leher beliau, sambil menyentakkannya dengan
kuat. Untung Abu Bakar ra. berada di situ, lalu dia segera datang melerai
mereka dari menyiksa Nabi SAW sambil berkata: 'Apakah kamu sekalian mau
membunuh seorang yang mengatakan 'Tuhanku ialah Allah! 'diulanginya kata-kata
itu kepada kaum Quraisy itu, dengan tangisan yang memilukan hati. Kemudian aku
lihat kaum Quraisy itu meninggalkan tempat itu. Dan itulah suatu peristiwa
sedih yang pernah aku lihat dari kaum Quraisy itu yang dilakukan terhadap Nabi
SAW - demikian kata Abdullah bin Amru kepada Urwah bin Az-Zubair ra. (Majma'uz
Zawa'id 6:16)
Bazzar dan Thabarani telah
memberitakan dari Abdullah bin Mas'ud r. a. katanya: Satu peristiwa, ketika
Rasulullah SAW bersembahyang di Masjidil Haram, dan ketika itu pula Abu jahal
bin Hisyam, Syaibah dan Utbah keduanya putera dari Rabi'ah, Uqbah bin Abu
Mu'aith, Umaiyah bin Khalaf dan dua orang yang lain, semua mereka tujuh orang,
mereka sekalian sedang duduk di Hijir, dan Rasuluilah SAW pula sedang asyik
bersembahyang, dan apabila beliau bersujud, selalunya beliau memanjangkan sujudnya.
Maka berkatalah Abu Jahal: 'Siapa berani pergi ke kandang unta suku Bani fulan,
dan mengambil taiknya untuk mencurahkan ke atas kedua bahunya, bila dia sedang
sujud nanti?' 'Aku!' jawab Uqbah bin Abu Mu'aith, orang yang paling jahat di
antara yang tujuh di situ. Lalu Uqbah pergi mengambil taik unta itu, dan
diperhatikannya dari jauh, apabila Rasulullah SAW bersujud dicurahkan taik unta
itu ke atas kedua bahunya.
Berkata penyampai cerita ini,
Abdullah bin Mas'ud ra.: Aku melihat perkara itu, tetapi aku tidak berdaya
untuk menghalangi atau melawan kaum Quraisy itu. Aku pun bangun dan
meninggalkan tempat itu dengan perasaan kesal dan sedih sekali. Kemudian aku
mendengar, bahwa Fathimah, puteri Rasulullah SAW datang dan membuangkan kotoran
itu dari bahu dan tengkuk beliau. Kemudian dia mendatangi mereka yang melakukan
perbuatan buruk itu, sambil memaki mereka, tetapi mereka diam saja, tidak
menjawab apa pun. Ketika itu Rasulullah SAW pun mengangkat kepalanya,
sebagaimana beliau mengangkat kepala sesudah sempurna sujud. Apabila sudah
selesai dari sembahyangnya, beliau lalu berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Balaslah
kaum Quraisy itu atas penganiayaannya kepadaku! Balaslah atas Utbah, Uqbah, Abu
Jahal dan Syaibah! Sekembalinya dari masjid, beliau telah ditemui di jalanan
oleh Abul Bukhturi yang di tangannya memegang cambuknya.
Bila Abul Bukhturi melihat wajah
Nabi SAW dia merasa tidak senang, karena dia tahu ada sesuatu yang tidak baik
terjadi terhadap dirinya: 'Hai Muhammad! Mengapa engkau begini?' tegur Abul
Bukhturi. 'Biarkanlah aku!' jawab Nabi SAW ' Tuhan tahu, bahwa aku tidak akan
melepaskanmu sehingga engkau memberitahuku, apa yang terjadi pada dirimu
terlebih dulu?!' Abul Bukhturi mendesak Nabi SAW untuk memberitahunya apa yang
telah terjadi. Apabilla dilihatnya beliau masih mendiamkan diri, dia berkata
lagi: 'Aku tahu ada sesuatu yang terjadi pada dirimu, sekarang beritahu!' pinta
Abul Bukhturi lagi Apabila Nabi SAW melihat bahwa Abul Bukhturi tidak mau
melepaskannya, melainkan sesudah beliau memberitahunya apa yang terjadi, maka
beliau memberitahunya apa yang terjadi: 'Abu jahal membuat angkara!' beritahu
Nabi SAW 'Abu jahal lagi? Memang sudah aku kira, apa yang dibuat kepadamu kali
ini?!' tanya Abul Bukhturi lagi. 'Dia menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke
atas badanku ketika aku sedang bersujud dalam sembahyangku,' jelas Nabi SAW
'Mari ikut aku ke Ka'bah,' bujuk Abul Bukhturi.
Abul Bukhturi dan Nabi SAW pun
pergi ke Ka'bah dan terus menuju ke arah tempat duduk Abu jahal. Abul Bukhturi
kelihatan marah sekali. 'Hai Bapaknya si Hakam!' teriak Abul Bukhturi. 'Engkau
yang menyuruh orang meletakkan kotoran unta ke atas badan Muhammad ini?'
katanya dengan keras. 'Ya,' jawab Abu Jahal. 'Apa yang engkau mau?' Abul
Bukhturi tidak banyak bicara, melainkan ditariknya cambuknya lalu dipukulnya
kepala Abu jahal berkali-kali. Orang ramai di situ lari berhamburan, dan
teman-teman Abu jahal hiruk-pikuk menyalahkan Abul Bukhturi. 'Celaka kamu!'
jerit Abu Jahal memprotes, dan badannya terlihat kesakitan karena pukulan cambuk
Abul Bukhturi itu.' Dia layak diperlakukan begitu, karena dia menimbulkan
permusuhan di antara kita sekalian, agar terselamat pula dia dan
kawan-kawannya... !' tambah Abu jahal lagi. (Majma'uz Zawa'id 6:18)
Menurut Ahmad yang meriwayatkan
dari Abdullah bin Mas'ud ra. katanya: Aku lihat semua orang yang dijanjikan
Nabi SAW akan mati itu, semuanya terbunuh di medan Badar, tiada seorang pun
yang terselamat. (Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:44).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar