Kelebihan Buat Usaha Dakwah Dan Tabligh Masakini
Jika kita membaca Alquran dan
Hadis-hadis nabi saw, kita akan berjumpa tentang berita-berita atau targhib
tentang kemulian orang-orang beriman yang berjihad di jalan Allah swt dengan
diri dan harta mereka yang mana mereka terbunuh atau syahid di Jalan Allah swt.
Mereka ini dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah swt, di Padang
Mahsyar nanti merekaakan bangun didepan Allah swt dalam keadaan sebagaimana
mereka syahid didunia, ada yang terpotong telinga, hidung, tangan , kaki dan
ada yang luka terburai keluar perutnya dan pelbagai keadaan. Mereka ini akan
bangun didepan Allah dalam keadaan luka mereka baharu sahaja berlaku, darah
masih segar merah lagi. Ada juga yang kita dengar ada orang menggali tanah
untuk membangunkan kawasan, yang mana mereka tidak tahu dibawahnya ada kubur
Sahabat nabi saw yang mati syahid terbunuh, bila sahaja mereka lihat mayat
tersebut yang mana darah merah masih segar keluar walaupun dah lebih seribu
tahun berlalu, Allahuakbar.Inilah kesah yangingin aku paparkan untuk renungan
kita bersama.Nama orang dan tempat berlaku sengaja aku rahsiakan, tetapi ini
adalah kesah benar yang berlaku pada Jun 2010 yang lepas.Sekarang pihak
Keretapi tanah Melayu sedang membina landasan keretapi laju dari Utara ke Kuala
Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2012 nanti, yang mana apabila ia
beroperasi kelak, masa yang diambil untuk perjalanan sehala dari Alor setar ke
Kuala Lumpur hanya 3 jam sahaja. Dalam membina landasan keretapi baru ini
banyaklah tanah, rumah, kedai kepunyaan rakyat diambil dan dibayar pampas an
yang berpatutan oleh kerajaan yang dipersetujui oleh mereka. Sistem landasan
keretapi mana-mana negara pun agak pelik kerana apabila landasan yang dibina
ini melalui sungai, ia akan bina jambatan, bila melalui tasek ia akan bina
jambatan, bila ia merentas banjaran atau gunung ia tidak akan melencong tetapi
ia akan mengorek bukit atau gunung menjadi terowong, pendek kata apa sahaja
yang ia jumpa dihadapannya ia tak akan melencong sebaliknya benda dihadapan
itulah yang kena berubah. (macam orang dakwah juga apa sahaja halangan datang
jangan elak diri tapi terus maju macam k/api). Perkara yang sama juga berlaku
apabila landasan baru ini merentasi satu kawasan surau dan kubur. Kubur ini
akan diubah ketempat yang baharu. Untuk mengubah kubur ini mesti mendapat
persetujuan Tuan Mufti dan dibawah pengawasan pihak Polis. Tarikh pemindahan
kubur ini telah ditetapkan, arahan mufti , untuk setiap kubur hanya seorang
atau dua orang waris sahaja dibenarkanuntuk mengangkat atau melihat jenazah
yang akan diubah. Seluruh kawasan di kelilingi dengan tali dan dikawal oleh
anggota polis, sesiapa tidak dibenarkan masuk kecuali orang yang berkenaan.
Penggalian disaksikan oleh Tuan mufti dan beberapa pegawai agama lain serta
Pegawai Polis.Tersebut kesah seorang wanita yang mana kubur suaminya juga
termasuksenarai yang dipandahkan. Suaminya meninggal dunia3 tahun lepas akibat
sakit barah hati. Dia tidak mempunyai waris yang dekat, dia telah memohon
kepada mufti, warisnya diganti dengan sahabat baik arwah suaminya, tetapi tidak
dibenarkan oleh mufti. Wanita ini merayu lagi katanya sahabat arwah suaminya
ini memang baik dengan arwah semasa dia sehat, sakit dan bila meninggal dunia
dialah juga yang mengurus jenazah arwah suaminya, mendengar ini mufti
membenarkannya. Kedua-dua mereka, arwah dan sahabatnya merupakan kawan baik aku
juga.Beginilah ceritanya, satelah kubur dikorek alangkah terkejutnya sahabat
aku ini bila dilihat kain kafan yang menutup arwah masih elok tidak reput
walaupun sudah 3 tahun berlalu. Bila tiba masa untuk mengangkat jenazah, tuan
mufti mengarahkan supaya sehelai kain baharu dibalut lagi dan melarang supaya
jangan dibuka wajahnya (ikut syariat) .Satelah siap dibalut dan bila sahaja
sahabat aku dan beberapa orang lagi mengangkat jenazahnya, alangkah terkejutnya
dia, dipegangnya tangan, masih lagi rasa tangan tidak reput, dipegangnya
punggung, masih rasa ketulan punggung dan tidak reput. Badannya juga masih
badan biasa, sama saperti jenazah yang baru dikebumikan semalam sahaja.Sahabat
aku masa itu merasa bagai nak jatuh kerana terkejut. Wanita ini apabila melihat
keadaan suaminya yang sedemikian terus menangis dan menangis sehingga jatuh
terduduk. Selepas selesai kerja pemindahan tuan mufti bertanya kepada sahabat
aku, siapakah arwah tersebut dan tambahnya lagi ini adalah tanda dia adalah
ahli syurga. Dahulu semasa pengkebumian jenazahnya pun semua orang yang hadir
mengatakan kuburnya mengeluarkan wangian yang harum.Selepas peristiwa ini
sahabatku berkata selama 2 hari dia tidak dapat tidur malam kerana teringat
peristiwa tersebut. Berbalik kepada kesah wanita ini, sahabat aku bertanya
mengapa ia menangis, katanya“ kakak menangis sebab menyesal dan rasa berdosa
sebab dahulu semasa arwah masih hidup dan sehat, kakak selalu marah dan
menghalang dia daripada keluar ikut dakwah tabligh, tapi dia keluar juga
walaupun kakak marah”Arwah dahulu semasa hayatnya bekerja dalam satu jabatan
kerajaan, Arwah ini dijabatan/pejabatnya memanglah seorang yang dikenali
disemua peringkat, dari ketua atasan sehinggalah pencuci lantai pejabat semua
mengenalinya. Dia peramah suka ketawa dan senyum dan menyapakepada semua orang,
tapi masa itu arwah tidakamal agama, tidak kenal solat, puasa dan perintah lain,
yang dia kenal dan diamalnyahanya larangan Allah sahaja. Sikapnya mula berubah
apabila dia telah mula ikut dakwah tabligh 3 hari yang pertama kali, dia telah
mula mendekati dirinya pada Allah dan bertaubat Nasuha, semua perangai lamanya
telah dibuang terus dalam hidupnya. Kehidupannya kini mula tenang dan dia telah
belajar dan beramal dengan penuh tekun setiap perintah Allah swt mengikut
sunnah nabi saw. Dia yakin inilah satu usaha kenabian yang dapat merubah
kehidupan seseorang kepada satu kehidupan beragama yang direzai oleh Allah swt.
kemudian dia ambil cuti tanpa gaji dan ikut keluar lagi 40 hari, walaupun
isterinya marah dan tidak berapa suka dia keluar dakwah, kemudian selepas
beberapa tahun tahun berikutnya dipohon pula cuti tanpa gaji selama 4 bulan dan
diluluskan cutinya untuk keluar 4 bulan di India, Pakistan dan Bangladesh.
Satelah pulang dari khuruj 4 bulan, arwah telah menerima surat pemberhentian
kerja oleh jabatannya, dengan satu alasan yang tidak munasabah, tetapi arwah
reza dan pasrah dengan takdir Ilahi, dia tidak mengambil apa-apa tindakan
undang-undang untuk bela diri. Jadi arwah pasrah dan untuk mencari rezeki
memelihara anak dan isterinya, arwah telah memulakan perniagaan kecilan
berniaga air mainuman dan jual kueh muih ditepi taman rumahnya. Tetapi usaha
dakwah tidak ditinggalkanya terus aktif membuat usaha di kampongnya setiap hari
bersama sahabat baiknya tadi. Keadaan ini berlalu sehingga beberapa tahun,
sehingga sampai satu masa ketika arwah dan sahabat aku ini sedang minum teh tarik
disebuah warung, ia disapa oleh seorang lelaki Cina “hai awak sudah jadi ustaz
ka sekarang”. Dengan penuh gembira arwah menyambut lelaki cina ini yang
merupakan kawan baiknya dahulu dizaman jahiliah, mereka bertanya khabar dan
satelah memberitahu hal yang sebenar bagaimana dia telah dipecat, kawan Cina
berkata dia akan mengambil kes ini dan akan membawake mahkamah tanpa mengambil
apa-apa bayaran upah pada arwah. Kawannya ini dahulu bekerja sepejabat
dengannya tapi sudah berhenti dan menjadi peguam. Masa itu juga kawan cina ini
menghulurkan padanya duit RM2000. Dipendek cerita kesnya yang dibawa ke
mahkamah telah dimenangi oleh arwah, beliau telah mendapat bayaran balik
beratus ribu ringgit oleh kerajaan dan kerjanya pula disambung semula. Dengan
wang tersebut arwah telah mendaftar untuk mengerjakan farzu haji bersama
isterinya , selang beberapa lama Tabung Haji telah mengeluarkan surat yang
mereka berdua akan berangkat ke Mekah pada tahun itu juga. Kita merancang Allah
juga yang menentukan semuanya, dan ketetapan Allah pasti akan berlaku
sebagaimana kehendakNya, sebelum berangkat ke Tanah Suci Mekah arwah telah
diserang penyakit barah hati dan meninggal dunia. Semuga Allah mncucuri
rahmatnya pada arwah dan meletakkan dia bersama para syuhada dan solihin amiin.
Kita yang hidup ini masih belum tentu nasib kita , bagaimana akhir kalam kita
adakah dalam husnulkhotimah, oleh itu marilah terus kita berusaha untuk
memperbaiki diri dan menguatkan iman dan amal kita ikut perintah Allah swt
dengan cara ditunjuki oleh nabi saw.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar