dipetik dari: Ruangan forum;
http://www.tranungkite.net
assalamualaikum.....
maafkan saya .. kerana terlalu
kerap sangat mendengar desas desus org mempertikaikan ketulusan jemaah
tabligh...
sebelum itu saya ingin menyatakan
yg saya merasakan saya bertanggung jawab bersuara atas situasi yg berlaku,,,
saya bukan sesiapa pun.. cuma
insan biasa yg beragama islam dan mengharap redha dari allah... bagi saya yg
mengkritik tabligh tidak bersalah.. cuma hidayah belum sampai di hati mereka
untuk menerima apa yg tabligh bawa.....
moga allah sebarkan hidayat untuk
mereka,,,
seperti yg dikatakan selalu...
tabligh adalah kerja ....
tugas mengajak jiran solat ke
masjid .. bukan bergantung pada kelompok (A) atau kelompok (B)
tugas mengajak orang kepada allah
adalah tanggung jawab bersama,,,,,,
sesiapa mati tanpa kalimah
laaailaahaillallah semua orang akan dipertanggung jawabkan,,,,,,
tak kira kelompok(A) atau
kelompok (B) atau mana2 kelompok dalam islam....
dalam tabligh ,,,,,, ada 12 usul
yg selalu diterapkan ketika berdakwah
kalau tuan2 mahu tahu ,,, harus
ikut dan dengar dgn niat ingin berlajar
bukan duduk mencari silap...
kerana kalau duduk mencari
silap.. allah akan bukakan segala kesilapan.. dan kita akan lihat silap yg
kecil disangkakan besar,,, bergantung pada niat yg busuk dalam hati......
salah satu usul dalam 12 usul itu
ialah tidak berpolitik,,,,,,
apa maksud tidak berpolitik?
yang selalu org terangkan ialah
tidak mahukan perpecahan,,,,
atau lebih senang tidak mahu
menyentuh isu2 yg menjadi penyebab pecah belah ......
yg saya belajar
contoh yg kita lihat dizaman
nabi,,,,,,,
nabi muhammad s.a.w pernah
memberitahu huzaifah nama2 puak2 munafiqin dizaman nabi dan melarang
memberitahu org lain....
itu bermakna apa ?? nabi mahu
jauhkan perpecahan dikalangan sahabat,,,, sedangkan dikala itu puak2 munafiqin
berkecimpung sama2 sahabat .......
kalau nabi beritahu nama2
munafiqin..... akan timbul puak2 baru seperti mana yg terjadi pada syiah
,.,,,,, dan macam2 lagi .....
dan satu kali nabi memberitahu
saidatina aishah yg hasan dan husin akan dibunuh dari mulut dan lehernya ,,,
sorang dipancung dan sorang diracun......
lalu saidatina aishah memohon
agar nabi mendoakan anaknya .....
dan nabi berkata,,,, doaku hanya
untuk ummatku ........
nabi, allah bukakan perkara yg
ghaib pada dia... kenapa dia tidak beritahu siapa yg akan bunuh hasan dan
husin???
bahkan dia berkata doa dia hanya
untuk ummat .......
pernah satu ketika ketika saya di
alexandria .. menuju ke victoria dgn menaiki train........
ketika itu dalam keadaan sesak ..
kami berdua dgn sahabat saya dari azerbaijan ,,,, duduk ,,,pada masa itu datang
seorang perempuan kristian qibtiyyah mengendong anak dan berdiri .... kerana
tempat semuanya penuh.....
maka kami berdiri dan berikan
tempat pada perempuan itu ...
maka datang seorang arab mesir
....lalu berbisik.....
hey kenapa engkau berikan kerusi
pada org kristian ini... bukankah engkau tahu dia kristian.....
maka kawan saya beritahu,,,,
allah!! hey!! minta maaf,,, islam datang dengan akhlaq,,,,,,, bukan dgn cara
macam ni....
kalau cara macam ni lah ... org
akan jauh dari islam.......
tentang ikram pada manusia ...
tak kira pada sesiapa pun.. islam atau kuffar,,,,
lalu arab itu bertanya ...,
engkau belajar mana...??
kami diazhar.... oo dia minta
maaf dan kami pun minta maaf mungkin bukan salah dia ... cuma menanti hidayat
saja......
dan juga sahabat2 pada zaman
nabi.... kalaulah mereka menumpu kan islam hanya dimasjid2 sahaja ... maka kita
sekarang tengah minum todi sambil chating .....
mereka bertebaran....... adakah
mereka berdakwah hanya halaqah2 dalam masjid??
ramai yg berkata org tabligh
pergi rumah kerumah adalah bidaah dan nabi tidak pernah buat ,,,
nak tanya dalam berapa tahun nabi
menjalankan usaha dakwah,,,, adakah hanya didalam masjid saja nabi berdakwah???
seperti juga yg berlaku pada amru
bin al asr,,, sewaktu membuka mesir... kenapa amru bin alasr tidak
menghancurkan segala patung2 yg ada dinegeri mesir .. padahal mesirlah ibu
segala berhala2 apda zaman itu ....
islam datang dgn akhlaq dan
ikram.....
sahabat sampai dinegeri china..
adakah mereka pandai bertutur dgn bahasa china???
bagaimana penduduk china boleh
islam??
sahabat hanya menunjukkan
akhlaq,,,, berjual beli amanah dan macam2,,,,,,,
perpecahan dikalangan ummat islam
adalah kesukaan bagi yahudi .....
seperti mana yg berlaku pada
zaman khilafah uthmaniah ....
dikala itu masing2 gilakan kuasa
dan harta ... hingga meletakkan agama dibawah mereka ,,, disitu timbulnya
perkauman dan perpecahan ...
hingga tersungkurnya islam ..
ramai orang kata .... apa
tanggung jawab tabligh dalam membangunkan islam dimalaysia ....
tanggung jawab semua org .. ialah
membangunkan islam dalam jiwa2 manusia ...
tanggung jawab semua org ialah
untuk membangunkan islam diseluruh alam .. bukan dimalaysia sahaja ...kalau
kita fikirkan bagaimana nak bangunkan islam dimalaysia,,so apa tanggung jawab
kita pada negara2 jiran yg tidak islam??islam hanya dimalaysia sahaja kah ??
islam hanya melayu sahajakah??
..
janganlah mengkecilkan skop
kefahaman penyebaran islam ,,,
adakah nabi pernah berkata ..
bagaimana nak membangunkan kerajaan islam disaudi???
nabi terapkan iman dahulu dalam
diri sahabat ,, barulah mereka bertebaran kemerata tempat hinggalah
kemalaysia......
ramai yg berkata tabligh tak
pernah menerima apa2 ancaman dari mana2 pihak,,,,
kalau mahu tahu,,, cuba try ikut
sekali bersama jemaah tabligh dan akan tahu dimana dugaannya ....
macam2 dugaan yg mereka terima...
bagaimana nak berhadapan dgn org yg tahu agama tapi ego dan sombong.....
dan bagai mana nak berhadapan dgn
org jahil yg bongkak .....
kadang2 berhadapan dgn org jahil
lebih mudah dari berhadapan dgn org berilmu tak beramal......
macam2 jenis org mereka
jumpa......
ada yg kena halau dan
macam2......
dalam tabligh mereka belajar
macam mana mahu menahan sabar dan macam mana nak belajar taat ,,,,,,
ramai org kata .... sunnah nabi
seperti serban dan jubah adalah pakaian adat arab dulu2
kita cintakan nabi ..... so apa
bukti kita cintakan nabi???
bagai mana kita nak praktikkan
hadis nabi
(tidak beriman seseorang itu
sehinggakan dia menyukai aku lebih dari keluarganya )
cinta seseorang pada yg dicinta
.. ia akan cinta apa yg berkaitan dgn hidup dia ,,,,,,kalau benci sunnah dan
tak mengamalkan sunnah .... diam jgn berkata ....
tak amal... tapi pertikai ..
kita buat perbandingan.....
kalau masa solat jumaat ada dua
khatib
datang (a) dgn pakai topi cap dan
Tshirt dan seluar jeans sebagai khatib
dan datang (b) dgn pakai jubah
dan serban..
antara dua ni mana yg tuan2 akan
pilih sebagai khatib?
anak kecil pun pandai pilih
,,,,,,,,
ramai org pertikaikan org tabligh
tinggalkan anak bini ,,,,,,
contoh ,,, org selalu ceritakan
perihal suami yg kerja diluar negara,,, suami saya kerja di uk.. 2 tahun sekali
balik.....
lalu mereka menjawab.. ee
bagusnya ,, untung awak dapat suami mcm tu .. mesti senang hidup awak....
tapi kalau org kata .. suami saya
pergi fi sabilillah 4 bulan....
org kata ee betul?? habis nafkah
macam mana??:O
ai pelik.... pasal nak tegakkan
islam nak bina islam dalam jiwa ... itu org pertikaikan.....
nak tanya.....
yg bising2 selalu pasal islam
ni..... berapa banyakkah pengorbanan yg antum2 semua lakukan demi agama??
berapa kalikah ajak jiran2
kemasjid?? berapa kalikah dalam sebulan antum ceritakan kebesaran allah pada
org lain ???
dalam semua kawan2 antum berapa
ramai kah yg antum telah berjaya mengubah hidup dia kembali kejalan allah???
ramai org berdakwah ....
tapi berdakwah dgn teguran yg
menjatuhkah .. bukan teguran yg membina,,,,
berdakwah ialah dgn niat belajar
dan menasihati diri sendiri .. bukan berdakwah dgn niat untuk mengajar.. kalau
berdakwah dgn niah untuk mengajar,,,,
kita akan merasakan sekeliling
kita semuanya tak betul , dan akan timbul rasa ingin betulkan ,,,,,
jadi kat situ boleh masuk sikit
bau2 riak dan takabbur ....
wallahuaaa lam....sekian
Tidak ada komentar:
Posting Komentar