Syaikhul Hadith Maulana Haji
Muhammad Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yg soleh dalam tiga
bahagian:
1. Dars wat Tadris (belajar dan
mengajar)
2. Tasnif wat Ta’lif (menyusun
dan mengarang kitab)
3. Tazkiah wa Islahul Khuluq
(tazkiah hati dan islah akhlaq)
Beliau telah berjaya sempurnakan
semua diatas dg baik dan cemerlang. Dikatakan bahawa kegiatan beliau:
* Belajar dan mengajar, dilaksanakan
dg benar2 disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan pikiran)
* Menyusun dan mengarang kitab,
dilakukan dg penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
* Tazkiah nafsu dan islah khalq,
dibuat dg daya perhatian bagai pekerja gigih dlm suatu pekerjaan yg bernilai
Ketiga2 kegiatan tersebut beliau
tunaikan sekaligus dg amat baik. Antara tiga itu, yg ketiga lebih menonjol dari
yg lain. Alhamduilllaah hingga kini, pengaruhnya masih berterusan dan ribuan
org telah dpt mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dg asbab usaha beliau.
Dua bahagian yg pertama, iaitu
pendidikan dan menyusun serta menulis kitab, amat besar jasanya kpd umat serta
menerima pengiktirafan yg tinggi dan tdk terkira. Secara ringkas akan
diterangkan disini mengenai beberapa kelebihan dari hasil karangan beliau dan
jasa beliau secara ringkas dlm bidang pendidikan.
Dalam Bidang Pendidikan
Pendidikan beliau bermula pada
tahun 1325H hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yg telah menjadi
guru beliau ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi,
ayahanda beliau Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid
Sanbuli, Maulana Abdul Lathif dan ramai lagi masyaikh lainnya.
Setelah tamat belajar, beliau
mula tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira2 54
tahun beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih
dari setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul
Ulum di Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap
madrasah ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35
buah kitab agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab
yang lebih tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah
mengajarkan seluruh kitab yg diajar di madrasah tersebut.
Beliau juga telah mengukir
kenangan bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya,
di antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30
kali, Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dg lengkap sebanyak
16 kali.
Ramai kalangan penuntut yg telah
berjaya menamatkan pelajaran hadith melalui beliau dan memperdengarkan
pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian ramai pula yg meneruskan tugas mengajar
dan berkhidmat utk agama dan ilmu agama dipelbagai tempat. Selain itu, ramai
murid2 beliau yg telah tamat pendidikan dan pelajaran melalui beliau yg hati
sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah berbai’at melalui
tangan beliau yg mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus
dan dg nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yg tinggi dlm
ilmu ini.
Sebahagian dari nama2 murid
Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yg telah menjadi ulama-ulama yg masyhur adalah:
* Maulana Muhammad Yusuf, Maulana
Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi
* Maulana Mufti Mahmud Hasan
Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband
* Maulana Munawwar Husein,
Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar
* Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul
Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad
* Maulana Akbar Ali Saharanpuri,
pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum
Karachi, Pakistan
* Maulana Ubaidillah Belyawi,
pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi
* Mufti Muzaffar Husein, pengajar
hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Muhammad Yunus Jupuri,
Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Muhammad Aqil, pengajar
hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Ashik Ilahi Balanshari,
pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi
* Maulana Muhammad Salman,
pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
* Maulana Taqiyuddin, pengajar
hadith
* Maulana Bashir Ahmad, pengajar
hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon
Termasuk ulama2 berikut (tambahan
Aba ‘Izzat):
* Dr. Mustafa al-Siba’i
* Syaikh Abd. al-Fattah Abu
Ghuddah
* Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki
* Syaikh Muhammad Taha
al-Barakati
Dan masih banyak lagi nama2
lainnya hasil didikan dan ajaran beliau. Jika semua nama2 itu dicatat disini,
maka risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adl ulama yg masyhur
diantara org2 besar dlm dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yg telah
dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau.
“Itulah keutamaan Allah Swt yg
diberikan kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya”
Bagi kami, para khadim dan
pelayan beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal
tauladan diri kami, bhw dlm masa yg amat lama beliau telah sudi mendidik kami
semata2 kerana Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima
bentuk bayaran (baik gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pd masa
permulaannya, beliau terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana
dipaksa oleh masyaikh madrasah. Namun pd keesokan harinya beliau telah
pulangkan seluruh wang upahan itu kembali ke madrasah.
Semoga Allah Swt memberi
taufiq-Nya kpd kita semua utk mengikuti tauladan beliau yg suci lagi mulia.
Mengenai hal ini dg lebih
terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid II.
Dalam Bidang Penulisan
Penyusunan kitab serta mengarang
juga adl satu bab dlm kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya
masih melimpah hingga sekarang. Beliau mula berkarya dg menulis 50 Tahun
Keadaan Madrasah Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.
Kedua2 kitab tsb adl permulaan
karya beliau. Oeh kerana sibuk beliau dg mendidik, mengajar dan tanggungjawab
terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah
setelah 50 tahun berlalu, kedua2 kitab tsb yg diberi judul, Tarikh Mazahir dan
Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan.
Beliau seterusnya melanjutkan
pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab2 pelajaran,
kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan disusun oleh
beliau utk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga Madrasah tsb
mencapai darjat ilmiah yg tinggi yg istimewa dari Allah Swt berkat jasa beliau
terhadap ilmu hadith. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau khidmat
terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pd martabat yg
tertinggi sekali. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau
telah diterima dg baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yg ternama.
Kitab Awjazul Masalik (6 jilid
besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adl hasil usaha serta titik peluh
beliau sendiri selama kira2 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian
daripada tokoh2 ulama di Hijaz. Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang
yg berkata “seandainya pengarang kitab ini tdk menulis di dlm Muqaddimahnya bhw
dia bermazhab Hanafi, maka pasti k ami akan menyangka bhw penulis adl bermazhab
Maliki kerana beliau dpt mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki
secara terperinci. Selain itu, beliau dpt mengumpulkan byk masalah2 fiqhiyyah
mazhab Maliki, dimana penjelasan masalah tsb sukar utk ditemui dlm mana2 kitab
mazhab Maliki sekalipun.”
Alim ulama dari negara Arab,
khususnya Arab Saudi, penjaga Haramain – semoga Allah Swt tambah keduanya
kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik sangat
berharap kpd syaikh agar kitab tsb dpt diterbitkan di Beirut, Lebanon. Ada seorang
yg kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dg pembiayaan
pribadinya.
Demikian juga dg kitab Lami’ud
Darari (3 jilid) Syarah Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub Duri (2 jilid) Syarah
Jami’ut Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil
Bukhari dlm bbrapa jilid. Semua kitab ini adl suatu khidmat beliau yg sangat
agung terhadap hadith.
Beliau sentiasa tekun apabila
membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran beliau terbuka dg penemuan baru
hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh beliau. Keseluruhannya, beliau
telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 29 buah telah diterbitkan
sementara yg lainnya masih dlm penerbitan. Semua judul dan keterangan karya
beliau terhimpun dlm autobiografi beliau yg terkenal iaitu Aap Beti.
Semua karya beliau itu amat
bernilai dlm bidang ilmu pengetahuan, hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau
telah menunaikan hak dlm bidang2 tsb dg cemerlang, seperti yd diucapkan oleh
Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya dan susunan Syaikh benar2 mengandungi
dua bahagian pokok:
1. Khusus dlm ilmu dan hakikat,
serta
2. Murni mengandungi dakwah dan
Islah
Umumnya, seseorang yg mahir dlm
bahagian pertama, ia tdk mahir dlm bahagian kedua. Dan jika ia mahir dlm
bahagian kedua, ia tdk mahir dlm bahagian pertama. Dan seseorang yg sudah biasa
dg bahagian kedua, maka ia tdk menjaga dan menegakkan adab serta peraturan dlm
bahagian pertama.
Akan tetapi Syaikh Muhammad
Zakariyya telah berjaya sempurnakan 2 bahagian tsb dlm setiap karyanya.
Beberapa contoh beliau dlm bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan
Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian kedua ialah kitab Hikayatus
Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah Solat, Ramadhan, Zikir,
Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh karya beliau terkumpu
kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab Jame’ Shamail Tirmidzi dan
Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].
Judul dan kandungan risalah ini
adl berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dg kitab Fadhail Amal beliau, yg
telah dikumpul dari semasa ke semasa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. telah
menjawab semua surat2 pertanyaan dan kritikan tsb dg mempamerkan kesabaran yg
tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yg jitu. Dlm hal ini, dpt dijangka
bhw Allah Swt telah kurnia dari khazanahNya bbrp bahagian kelembutanNya kpd
beliau.
* Biography of Shaykh al-Hadith,
Muhammad Zakariyya Kandhlawi (RA)
* Shaykh al-Hadith Muhammad
Zakariyya Kandhlawi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar