2. Orang-orang yang arif menyatakan bahawa terdapat dua peranan penting
terhadap personaliti seseorang.
a. Kerana tradisi dan kelebihan keluarga akan diwarisi daripada satu generasi
ke generasi yang lain.
b. Nabi Muhammad (saw) dan sekelian para-para anbiya (as) dilahirkan di
kalangan salsilah keluarga yang mulia. Hadis Bukhari memberitahu kaisar Rom
juga percaya anbiya mesti di kalangan keluarga yang mulia.
4. Hadrat Maulana In’amul Hasan (rah) telah dianugerahkan kedua-dua martabat
ini.
5. Allah Ta’ala telah memilih beliau daripada kalangan keluarga Siddiq,
silsilah Hadrat Abu Bakr as Siddiq(ra), teman baik Rasulullah (saw) yang mulia
dan dirahmati.
Keterangan Sayyid Abul Hasan an-Nadwi Rahmatullah Alaih
1. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) pernah mengatakan tentang
keluarga Hadrat Maulana In’amul Hasan (rah), termasuk wanita adalah
contoh-contoh ketaqwaan dan kesolehan.
2. Hadrat Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi (rah) adalah ulama yang ternama
dan adalah guru kepada Almarhum Ustadz Fadzil Nor, bekas presiden parti PAS
(Parti Islam Semalaysia).
3. Mereka sentiasa sibuk dengan pengabdian, zikir dan tilawah siang dan malam
sebagai rutin harian hidup mereka.
4. Di sepanjang bulan Ramadan, suasana di rumah mereka menjadi lebih hebat
dengan sepanjang hari, siang dan malam dengan tilawah Quran.
5. Mereka terlalu khusyu’ bersolah hingga tidak sedar apa yang berlaku di
sekitar rumah mereka. (Kitab Maulana Ilyas dan Da’wah)
Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)
1. Hadrat Qazi Ziyaa’uddin Sanami (rah), seorang anak murid Hadrat Khwaaja
Nizaamuddin Awliya (rah) adalah moyang kepada Hadratji.
2. Seorang alim yang terkenal dan dihormati oleh ulama dizamannya, yang kaya
dengan karomah, ilmu, taqwa dan makrifah; iaitu Maulana Hakim Muhammad Ashraf
Zinzanawi juga moyang kepada Hadratji.
3. Seorang alim yang besar, Allama Abdul Hakim Sialkoti yang tidak percaya
terhadap seorang yang kudus (suci), tetapi berubah pendapat apabila bertemu
dengan Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah).
Perjalanan ruhani Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)
1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi telah keluar mencari seorang murshid
(pembimbing ruhani), dan bertemu dengan seorang buzrug tasawwuf daripada
Qadiriyyah.
2. Beliau amat kagum dengan apa yang telah dia nampak dan dengar.
3. Beliau telah berbai’ah, dan telah menyibukkan diri dengan wirid, wazaa’if,
zikir, azkar dan mujahadah.
4. Selepas dua tahun, murshid itu telah menyuruhnya mencari seorang buzrug yang
lain.
5. Setelah beberapa lama, buzrug itu memberitahu yang Maulana Muhammad Hakim
telah mencapai tahap terakhir di dalam tasawwuf.
6. Beliau telah disuruh agar kembali ke tempat asalnya dan dinasihatkan sama
ada dia mengistiharkan tahap keruhaniannya atau menyembunyikan.
a. Jika beliau mengistiharkan tahap keruhaniannya, dia perlu mengambil bai’ah
dan memberi pedoman kepada masyarakat di tempat asalnya.
b. Jika beliau menyembunyikan, dia perlu menyibukkan diri dengan mengajar ilmu
agama.
7. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi menjawab yang beliau memilih untuk
mengabdikan diri kepada ilmu syar’iyyah.
8. Akhirnya buzrug itu telah mendoakan beliau dengan ilmu zahir di dalam
syar’iyyah kepada beliau dan keluarganya.
9. Selepas menerima khilafah (pengiktirafan keruhanian), beliau kembali ke
tempat asalnya dan telah menyibukkan dirinya di dalam menyampaikan ilmu
syar’iyyah kepada masyarakatnya.
Anak-anak Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi (rah)
1. Maulana Hakim Muhammad Ashraf Zinzanawi mempunyai dua anak lelaki,
a. Maulana Muhammad Shareef yang mengikuti jejak langkah ayahnya di dalam ilmu,
fadl dan ma’arif
b. Abdul Muqtadir.
2. Doa murshid itu dibuktikan dengan keelokan peribadi Maulana Muhammad
Shareef, dan basyarah untuk keluarganya ini kekal hingga ke hari ini, iaitu
generasi yang kesebelas.
3. Insya’Allah ilmu syar’iyyah ini akan kekal di dalam generasi keluarganya
hingga ke hari akhir.
Maulana Hakim Muhammad Shareef (rah)
1. Maulana Hakim Muhammad Shareef mempunyai dua anak lelaki,
a. Maulana Muhammad Faiz yang tinggal di Zinzana, dan daripada keluarganya pula
lahir nasab-nasab,
i. Maulana Isma’eel Khandlawi
ii. Maulana Muhammad Yahya Kandalwi dan anaknya Shaikhul Hadith Maulana
Muhammad Zakaria
iii. Maulana Muhammad Ilyaas dan anaknya Maulana Muhammad Yusuf Kandalwi
b. Maulana Hakim Abdul Qadir yang tinggal di Kandhala, dan daripada keluarganya
pula lahir nasab-nasab,
i. Mufti Ilaahi Bakhsh Kandhlawi
ii. Maulana Mufti Muzaffar Husain Kandalwi
iii. Maulana In’aamul Hasan
Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh (rah)
1. Maulana Mufti Ilaahi Bakhsh, ulama tersohor dizamannya adalah anak murid
Shah Abdul Aziz Dehelvi (rah) dan amat gemar menulis.
2. Anaknya-anaknya adalah
a. Noorul Hasan juga seorang alim dan guru kepada Sir Sayyed Ahmed Khan,
pengasas kolej Aligarh yang terkenal di India.
b. Zahurul Hasan juga seorang ulama
c. Hakim Riyazul Hasan juga seorang ulama dan pernah belajar hadith daripada
Maulana Rashid Ahmed Gangohi (rah).
d. Maulana Ikramul Hasan
Maulana Ikramul Hasan (rah)
1. Maulana Ikramul Hasan adalah anak saudara kepada Maulana Ilyaas (rah) juga
seorang ulama dan telah mendapat ijazah B.A. and L.L.B. daripada Aligarh
university.
2. Beliau kemudiannya telah berkhidmat di dalam profesion guaman di mahkamah
Kerala.
3. Selepas beberapa lama, beliau berhenti dan mulai berkhidmat dengan Shaikhul
Hadith Maulana Muhammad Zakaria (rah) di Madrasah Mazahir Ulum.
4. Maulana Muhammad Ilyaas amat menyayangi beliau dan beliau telah berkhidmat
untuk Maulana Muhammad Ilyaas (rah) pada detik-detik akhir kehidupannya.
5. Maulana In’aamul Hasan adalah anak beliau.
Hadrat Moulana In’aamul Hasan (rah)
1. Hadrat Moulana In’aamul Hasan Saheb (rah) dilahirkan di pekan Kandhla,
daerah Muzaffar Nagar, U.P., India
a. pada 18 Jamadil Akhir 1336, bersamaan
b. 20 Februari 1918.
2. Hafez Mangtu mengajarkan beliau Hifzul Quraan.
3. Beliau mempelajari bahasa Parsi sehingga kepada tahap Bustaan Sheikh Saadi
(rah) daripada datuk saudara beliau Abdul Hamid.
4. Pelajaran bahasa Arab daripada tahap Mizan-Munshaeb kepada SharehJami daripada
Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) di Nizaamuddin Kaashiful Uloom.
Hadrat Moulana In’aamul Hasan (rah) dan Hadrat Maulana Yusuf (rah)
1. Apabila Muhammad Ilyaas pergi menunaikan fardhu haji pada 1451, beliau dan
Maulana Yusuf telah dimasukkan belajar di Madressa Mazaahirul Uloom,
Saharanpur.
2. Beliau belajar Hidaya daripada Maulana Zakaria RA. dan Mebzi daripada
Maulana Jameel Ahmed Thanvi.
3. Apabila Maulana Ilyaas kembali daripada fardhu haji, Moulana In’aamul Hasan
kembali ke Basti Hadrat Nizaamuddin untuk belajar
a. Mishkaat daripada Maulana Ilyaas [rah] dan
b. Jalaalain daripada Moulana Ihtisaamul Hasan Kandhalwi [rah].
4. Beliau dan Maulana Yusuf adalah teman sepengajian.
5. Beliau kembali belajar di Mazzahir Uloom, Saharanpur di mana,
a. Maulana Abdul Latif mengajarnya Bukhari Sharif,
b. Maulana A. Rahmaan Kamilpuri mengajarnya Tirmidhi Sharif,
c. Maulana Manzoor Ahmed mengajarnya Muslim Sharif dan
d. Maulana Muhammad Zakaria mengajarnya Abu Dawood.
6. Mereka berdua bergilir-gilir berjaga malam untuk mentelaah ilmu, selang
sehari berjaga malam. (sejarah hidup Hadrat Maulana Yusuf (rah) mukasurat 170,
171).
7. Sebelum beliau menghabiskan pengajiannya, beliau terpaksa meninggalkan
Mazaahir Uloom dan kembali ke to Basti Hazrat Nizaamuddeen kerana penyakit yang
dialami oleh Maulana Yusuf.
8. Dia mengakhiri pembelajarannya dengan mempelajari,
a. Kitab Ibn Majah daripada Maulana Ilyaas (rah),
b. Kitab Nasa’ee daripada Maulana Ilyaas (rah),
c. Kitab Tahawi daripada Maulana Ilyaas (rah),
d. Mustadrake Haakim (kitab kompilasi Hadith) daripada Maulana Ilyaas (rah).
Perkahwinan Hadrat In’aamul Hasan (rah)
1. Pada 3 Muharram 1354, jalsa (perhimpunan) tahunan Mazaahirul Uloom telah
diadakan.
2. Maulana Ilyaas (rah) meluahkan perasaannya kepada Shaikhul Hadith agar
pernikahan Moulana Yusuf dan Moulana In’aamul Hasan diadakan pada Jalsa
walaupun tiada persediaan
3. Shaikhul Hadith Saheb telah menerima lamaran, dan telah menerangkan hasrat
Maulana Ilyaas (rah) kepada isterinya.
4. Pernikahannya adalah,
a. Hadrat In’aamul Hasan (rah) dikahwinkan dengan anak kedua Shaykhul Hadith
Maulana Muhammad Zakaria RA. dan
b. Maulana Yusuf dikahwinkan pula dengan anak pertama Hadrat Shaikhul Hadith.
5. Hadrat Shaikhul Islam Maulana Sayyed Hussain Ahmed Madani (rah) telah
menikahi mereka yang kehadiran para-para ulama besar benua Hind
Pemergian untuk Fardhu Haji
1. Maulana In’aamul Hasan (rah) telah melaksanakan fardhu haji daripada Karachi
dengan menaiki kapal pada 1356 Hijri bersama,
a. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah)
b. Maulana Yusuf (rah) dan
c. Maulana Ihtisaamul Hasan (rah).
2. Di sepanjang perjalanan, mereka telah melakukan Tabligh.
3. Orang-orang Arab memuji usaha-usaha mereka dan berjanji akan membantu
mereka.
4. Mereka mendapat beberapa basyaarat berkenaan dengan kerja Tabligh di dalam
perjalanan ini.
5. Selepas kembali ke rumah, Maulana In’aamul Hasan telah jatuh sakit untuk
tempoh yang lama dan kembali ke Kandhla sepanjang tempoh sakitnya.
Maulana Muhammad Ilyaas (rah) kembali ke rahmatuLlah
1. Hadrat Maulana Muhammad Ilyaas (rah) meninggal dunia pada pagi Khamis 21
Rajab 1363, bersamaan 23 Julai 1944.
2. Dua hari sebelum kewafatannya, dia telah menamakan enam orang yang istimewa
untuk menjadi khalifahnya, termasuk Hadrat Maulana In’aamul Hasan.
3. Selepas kewafatan Maulana Muhammad Ilyaas, Maulana Yusuf Saheb telah
diputuskan untuk menjadi Amir Jama’ah Tabligh oleh mesyuarat antaranya,
a. Maulana Shah Abdul Qadir Raipuri,
b. Maulana Fakhruddin Saheb dan
c. Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria.
4. Hadrat Maulana In’aamul Hasan Saheb sentiasa membantu Maulana Yusuf Saheb
dan dikenali sebagai orang kanan Maulana Yusuf
5. Beliau telah mengambil tanggungjawab sebagai Mohtamim untuk Madrasah
Kaashiful Uloom dan beliau telah mengajar Bukhari Sharif untuk beberapa tahun.
Peribadi Maulana In’aamul Hasan Saheb (rah)
1. Maulana In’aamul Hasan Saheb mempunyai sifat yang suka menyendiri.
2. Beliau menjauhkan diri daripada percakapan yang sia-sia.
3. Beliau tidak akan berjumpa dengan sesiapa kecuali hal-hal yang penting.
4. Beliau amat teliti di dalam rutin hariannya.
5. Apabila perlu, beliau akan menjawab soalan-soalan dengan amat berkesan
sekali.
6. Beliau amat berhati-hati dan mengelak daripada sebarang perselisihan
7. Beliau berpakaian bersih dan kemas.
8. Makanan beliau terhad dan sekadar yang perlu sahaja.
9. Beliau banyak menghabiskan dengan membaca.
10. Apabila Hadrat Moulana Yusuf (rah) menulis Hayaatus-Sahaba dan Amanil-Ahbar,
a. Apabila beliau tidak dapat mencari sesuatu, Maulana Abdullah Taariq akan
dihantar kepada Maulana In’aamul Hasan
b. Maulana Abdullah Taariq berkata selalunya Maulana In’aamul Hasan akan buka
satu buku atau hafalannya dan menunjukkan maklumat yang dicari
c. Beliau akan bangun, mengambil buku daripada almarinya dan membuka lembaran
tertentu dan berkata, ‘Pergi dan tunjukkan kepada Maulana Yusuf.’
11. Salah seorang daripada Khaadim khasnya memberitahu yang Maulana In’aamul
Hasan Saheb mempelajari seluruh jilid kitab “Fatwa Alamgiri” dua kali.
12. Daripada sini kita dapat melihat usaha-usaha beliau yang gigih dan mendalam
terhadap ilmu.
13. Beliau telah menulis beberapa nota penerangan di dalam pengkajian kitab
“Tarajimul Abwab” daripada Bukhari Sharif.
14. Ini juga menunjukkan keilmuan dan kecenderungan terhadap sunnah-sunnah Nabi
Muhammad (saw).
Pemergian Maulana Yusuf Saheb (rah)
1. Maulana Yusuf Saheb (rah) meninggal dunia pada hari jumaat, 29 Zilqaedah
1384, bersamaan 2 April 1965 di Lahore, Pakistan.
2. Maulana In’aamul Hasan Saheb adalah pilihan utama kerana keakrabannya dengan
Maulana Yusuf (rah) sejak dari kecil.
3. Maulana In’aamul Hasan Saheb juga seorang Aalim yang mempunyai reputasi dan
personaliti yang tinggi.
4. Beliau dianggap seorang yang amanah oleh Maulana Muhammad Ilyaas (rah)
5. Maulana Yusuf (rah) selalu meminta nasihat-nasihat beliau.
6. Hadrat Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria membuat mesyuarat dan
memutuskan Maulana In’aamul Hasan sebagai Amir Jama’ah Tablighi sebagai
pengganti Maulana Yusuf (rah)
Perlantikan Amir yang baru
1. Moulana Fakhrul Hasan, seorang ustadz Darul Uloom mengistiharkannya perlantikan
Maulana In’aamul Hasan Saheb di hadapan ribuan orang.
2. Semuanya berpuas hati dan lega, sambil memberi kepercayaan dan kerjasama.
3. Sejak dari hari itu hingga ke hembusan nafas Maulana In’aamul Hasan yang
terakhir selama 31 tahun
4. Beliau telah melaksanakan tugasnya sebagai Amir dengan berpandangan jauh dan
dengan penuh keberanian.
5. Di bawah pimpinannya, kerja-kerja Jama’ah Tabligh telah berkembang di
seluruh pelosok dunia.
Sikap suka mendiamkan diri
1. Beliau bukan seorang orator (penceramah), tetapi berkata-kata dengan ringkas
tetapi padat.
2. Selepas beberapa tahun beliau mulai memberi ceramah yang lebih panjang.
3. Kita perlu faham yang da’wah dan tabligh bukanlah di bawah nama ceramah,
bahkan lebih daripada itu.
4. Tetapi apabila ada perhimpunan besar (ijtima), beliau akan memberi panduan
yang ringkas tetapi padat dan diakhiri dengan doa oleh beliau sendiri.
5. Beliau mempunyai sifat yang menyendiri dan ini membolehkan beliau untuk
membuat aktiviti lain yang lebih penting.
6. Jika seseorang bertanya sesuatu yang jawapannya boleh menimbulkan fitnah,
beliau akan berdiam diri.
7. Sayyidina Umar Ibne-Khattaab (rah), khalifah yang kedua pernah berkata,
‘diamkan diri dan musnahkan kebatilan.’
8. Maulana In’aamul Hasan Saheb mahir di dalam seni mendiamkan diri.
9. Disebabkan beliau tidak suka percakapan yang tidak perlu, orang ramai tidak
cuba untuk mendampingi beliau, dan ini menjimatkan masa semua orang
10. Beliau mengagihkan kerja dan menghantar orang kepada orang yang
dipertanggungjawabkan untuk sesuatu kerja.
11. Dia tidak mengganggu aktiviti yang ditanggungjawabkan kepada orang lain.
Hembusan nafas yang terakhir
1. Beliau jatuh sakit dan berdiam diri di katil pada beberapa tahun akhir
hayatnya.
2. Ziarah yang khas dilakukan seminima yang mungkin.
3. Beliau tetap menyelia setiap aktiviti dan memantau setiap ehwal markaz, di
dalam atau di luar negara.
4. Pada 10 malam, 9 Jun 1995, beliau, dengan berkerusi roda, telah dihantar ke
hospital.
5. Hembusan nafas terakhirnya terhenti pada umur 70 tahun pada hari sabtu 1.25
petang, 10 Muharram 1416H, bersamaan 10 Jun 1995.
6. Beliau meninggalkan seorang anak lelaki, Maulana Zubairul Hasan dan seorang
anak perempuan.
7. Berita sedih ini telah dimaklumkan ke seluruh dunia sepantas kilat.
8. Solah janazahnya telah diadakan pada 6 petang dengan dihadiri ratusan ribu
hadirin, hingga sepanjang jalan menuju ke basti hadrat Nizaamuddin ditutup agar
orang dapat turut serta.
9. Janazah beliau telah dihadiri oleh setengah juta hadirin, dengan penuh
beradab.
10. Selepas Solah Maghrib, janazah beliau direhatkan di sebelah Hadrat Maulana
Yusuf.Rahmatullahi alai....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar