Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha
dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang berlainan
terutamanya negara dan bahasa yang berbeza. Seseorang tidak pernah diwajibkan
untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan
diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga
menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum
sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti ‘bayan’ disebut
sebagai ‘perbincangan/ muzakarah iman dan amal’, ‘karkun’ kepada ‘rakan
seusaha’, ‘rahaba’ kepada ‘penunjuk jalan’.
Istilah yang dinyatakan;
Amir:? Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga
pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir
adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai diktator.
Bayan:?Mejelis Penerangan untuk menerangkan maksud dan
tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat
utama yang perlu diusahakan. (a) Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan
keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang
hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur
rasulullah. (b) Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk
mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya
Rasulullah Saw. (c) Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat
untuk mengingat Allah dan mendekati Allah. (d) Ikramul Muslimin, yaitu
menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam. (e) Memperbaiki niat (tasyhih
niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain.
(f) Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan
pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat
yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar
dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.
Bayan Hidayah:?Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh
di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap
jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah
mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).
Bayan Wafsi:?Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar
di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka.
(*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara
yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut
juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah
bayan hidayah amal maqami.)
Buzruq:?Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah
lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kepahaman cukup luas di bidang
usaha tabligh.
Cillah:?Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani
oleh ahli-ahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman,
amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya
menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling
sedikit meluangkan waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah
senantiasa meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)
Dzihin:?Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan
keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa berghairah untuk berusaha
ke arah iman dan pikir umat.
Ghast:?Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah)
usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai
setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini
dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah
adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan
semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa
yang dikehendaki.)
Hadhatji/ Hadratji:?Amir bagi seluruh dakwah tabligh di
seluruh dunia.
Halaqah: Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa
kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub
halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas
dunia (Nizamuddin) >?Markas Negara?>Sub Markas?(markas-markas dalam
negara) > Halaqah > Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung
atau taman perumahan.)
I’tikaf:?Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu
tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.
Ijtima:?Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk
menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah. ( *Perhimpunan usaha
dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama ada akan dibuat setiap tahun, dua
tahun atau tiada penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)
Ijtima’i:?Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang
dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima’i
ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)
Ikhtilat dan tafakud:?Memilih dan mempertemukan mereka yang
layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di jalan Allah.
Ikram:?Memuliakan.
Infiradi:?Usaha secara perorangan. (*aktiviti/ amalan
individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu
bersamaan dengan amalan ijtima’i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua
aktiviti/ amalan infiradi)
Intizam:?Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan
untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima’ dan sebagainya.)
Islah:?Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh.
Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta’lim,
ibadah dan dzikir serta khidmat.
Israf:?Berlebihan.
Istiqbal:?Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang
datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya.
(*dalam perhimpunan besar seperti ijtima’, akan dibentuk jemaah istiqbal dan
disediakan ruangan khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja
pendataan ijtima’. Selain itu, di tiap markas negara juga ada jemaah khusus
istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar masuk ke markas.)
Jamaah:?Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan
maksud serta usaha yang sama pula.
Jaulah: Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat
kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)
Jazbah:?Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta
seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.
Jord:?Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta
memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat hubungan antara ahli.
Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk dikirim ke seluruh dunia.
(*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding dengan ijtima’, sama ada
peringkat markas, negeri atau wilayah.)
Josh:?Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang
kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.
Kalamullah:?Firman Allah.
Karkun:?Rekan-rekan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (*
di Indo-Pak disebut sebagai ‘saathi’ manakala di Yaman, ‘shahibuddakwah’. Ulama
dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran
sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan
semangat assobiyyah.)
Khadim:?Orang yang bertugas melayani.
Khidmat:?Pelayanan atau melayani.
Khuruj Fi Sabilillah:?Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar
dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain,
dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan
berdakwah atau tabligh.
Korban:?Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan
tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan tercapai.
Mahabbah:?Kecintaan.
Maqami:?Kerja dakwah di tempat sendiri.
Markas atau Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat
pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah
serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan
(minggu) yang dikenal sebagai malam Subguzari.
Mohalla:?Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan
usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau
usaha dakwah tempatan.
Mu’amalah:?Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau
perniagaan.
Mua’syarah:?Hubungan dalam pergaulan sosial.
Mudzakarah:?Saling mengingatkan.
Mujahadah:?Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang
rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau
perasaan.
Musaffah:?Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah,
musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di
jalan Allah.
Mutakallim:?Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk
berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat
ghast (jaulah).
Purdah:?Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.
Rahaba:?Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang
akan dijumpai dengan mutakallim.
Routes:?Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi
jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2
bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4 bulan negara jauh akan ke Germany.)
Ta’lim:?Mengajar atau mempelajari.
Takazah:?Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan
untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah
akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat
markas, halaqah atau di mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). Contohnya, i)
Jord pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan
sama ada khidmat minuman, makanan dan pembersihan. ii) Target ijtima’
mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan
sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima’. iii) 7 jemaah dari Arab akan
tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/ pelajar
untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka di setiap
mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)
Taqrir:?Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih
menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran
sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di
masjid ketika rombongan jaulah sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada
hari (malam) Ijtima’ markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.
Targhib:?Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/
dorongan untuk membangkitkan rasa suka.
Tarhib:?Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.
Tasykil:?Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan
memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu
di jalan Allah
Tawajjuh:?Memusatkan perhatian kepada sesuatu.
Tilawah:?Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam
membaca Al- Quran.
Ushul-Ushul:?(atau adab dan usul); Tata tertib;
Tertib-tertib jama’ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha
tabligh. (*boleh lihat di?Tertib: Usul Dakwah dan Tabligh.)
Zon:?Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh.
Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.
Zumidar/ Zumindar:?Orang yang bertanggungjawab dalam suatu
tugas dalam rangka usaha jama’ah ketika amir tidak ada.
Tambahan (senarai tidak dinyatakan dalam buku tersebut):
Bairuni atau Intiqoli:?Merujuk kepada keluar di jalan Allah.
Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni?(luar).
Bayan Ta’ruf:?Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah
setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu
zuhur.
Bayan Subuh:?Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama
yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.
Bayan Asar:?Penerangan mengenai kepentingan dakwah.
Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast
(jaulah).?
Bayan Maghrib:?Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan
bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan
Allah.
Bazaar:?Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar
markaz.
Chai/ Garam Chai:?Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan
sedikit garam.?
DTI:?Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha
ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.?
Faisala:?Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau
markaz.?
IPB:?Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan.?Aktivis
diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke
negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan
mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul.?
Karguzari:?Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh
yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama
ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.
Khususi:?Usaha ziarah yang dilakukan terhadap
golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/
surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang ‘berehat’ dan
sebagainya.
Malfuzat:?Kata-kata atau ucapan.?Kumpulan malfuzat-malfuzat
Maulana Ilyas rah.a yang dinukilkan oleh Maulana Manzoor Numani, baca atau muat
turun di?Malfoozaat – Discourses Of Maulana Ilyas Rah.a?(Eng)?
Masturoh/ Masturat:?Wanita. Wanita juga khuruj di jalan
Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program
khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau
tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.?
Masyaikh atau Eldest:?Alim ulama atau orang lama/awwalin
dalam usaha dakwah.?
Mesyuwarah/ Mesyuarat:?Perbincangan untuk mencapai kata
putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya
dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari
dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat.?Mesyuarat dilakukan di
pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan
untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.
Mutarjim:?Penterjemah bahasa.?
Muzakkir atau Zakirin:?Seseorang yang diberi tanggungjawab
untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah di dalam
program ghast (jaulah).?
Nisob/ nisab:? Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu
dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4
bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan
usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa
dan keadaan mengikut takazah.
Nusrah/ Nusroh:?Bantuan atau kerjasama.
Syura/ Syuro:?Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa
syura akan dilantik bagi setiap markaz.
Ta’am / To’am:?Makanan. Khidmat ta’am merujuk kepada khidmat
menyediakan makanan kepada jemaah.
Tamsil/ Tamthil:?Perumpamaan; analogi; perbandingan.
Beberapa panggilan jemaah:?Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama,
Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz,
Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu
(atau profesion kerja), Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau
nama-nama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah
Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang
berbeza-beza).
Ada penambahan atau pembetulan pada?*?dan ruangan?tambahan?
bermuzakarah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar