Minggu, 23 September 2012

10 Wasiat Imam Syafi’e


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu:
Mengurangkan masa tidur,
mengurangkan masa makan,
mengurangkan percakapan sia sia dan berkecukupan dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu:
Mengqadhakan kewajiban-kewajiban yang tertinggal,
mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi,
mempersiapkan bekal untuk kematian dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : 
Membuang tabiat suka menabur fitnah. 
membuang tabiat kencing berdiri dan dimana-mana (tanpa adab sunnah)
memperbanyak solat Tahajjud dan membantu melindungi orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu:
Berkata benar, Tidak berdusta.
meninggalkan maksiat dan saling nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu :
Menahan kemarahan, banyak berzikir.
mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu :
Membuang tabiat suka mengumpat/mencela.
bersikap wara (hati-hati).
suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu :
Menangis lantaran takut kpd Allah SWT,
merasa selalu di perhatikan Allah swt.
berbuat baik kepada ibu bapa,
bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KEDELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu :
merasa ridha dengan Qadha' Allah.
bersabar menerima setiap bala( ujian: musibah,kegagalan )
bersyukur ke atas nikmat Allah dan istigfar dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu :
selalu Bershalawat atas baginda Rasulullah saw.
berpegang dengan syariat.
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith),
menyayangi para sahabat R.a. dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan,
mencegah manusia dari kemungkaran (Dakwah: Amar ma'ruf nahi Munkar).
menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar