Senin, 12 November 2012

Usaha Jemaah Masjid


Usaha Rasulullah terbahagi kepada 2:

1. Pertama, Usaha Istimaie’, iaitu dengan bergerak keluar dari Madinah secara berjemaah bersama-sama para sahabat (radiyalaahu anhum)dengan harta dan diri mereka.

2. Kedua, Usaha Tempatan, iaitu tertumpu di Masjid Nabawi, yang mana amalan di Masjid Nabawi hidup 24 jam sehari dengan 4 amalan yang merangkumi dakwah, ta’leem wata’llum (belajar dan mengajar), ibadat dan khidmat.

Setiap orang beriman pada masa itu memberikan masa mereka di Masjid dan setiap suku kaum tertumpu ke Masjid Nabawi. Dalam setiap masa, mereka bergilir-gilir memberi masa di Masjid. Ada halaqah-halaqah ta’leem di Masjid Nabawi. Yang berniaga, belajar mengenai perniagaan dalam halaqah-halaqah. Di atas mimbar, Nabi (sallalaahu alayhi wasalam) sendiri mengajar para sahabat (radiyalaahu anhum) bersolat. Bagaimana cara qiyam, ruku’, tahiyaat dan Nabi (sallalaahu alayhi wasalam) turun dari mimbar untuk ajar cara sujud. Apa yang dipelajari oleh para sahabat (radiyalaahu anhum) di Masjid, mereka terus amalkan dan sampaikan. Dari Masjid, agama telah dibawa ke rumah-rumah mereka. Dengan ini, amalan-amalan Masjid Nabawi tersebar ke seluruh Madinah dan seluruh penduduk Madinah mengamalkan agama.

Usaha tempatan begitu kuat dan mantap Natijahnya, orang-orang bukan Islam yang berada di Madinah pada masa itu melihat kehidupan Islam secara amali dan mereka terkesan dengan amalan-amalan orang-orang Islam. Sahabat-sahabat (radiyalaahu anhum) yang sederhana, keluar 4 bulan ke Jalan Allah dan selama 8 bulan membuat usaha tempatan. Apabila kedua-dua usaha ini hidup, barulah nur hidayat tersebar yang menjadikan Madinah Al-Munawarrah menjadi pusat tersebarnya cahaya hidayat ke seluruh pelusuk dunia.

Oleh kerana itu, untuk mewujudkan usaha jemaah masjid yang merangkumi usaha tempatan sebagaimana yang wujud di Masjid Nabawi di zaman Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) dan para sahabat (radiyalaahu anhum), maka para ulama' mengesa setiap orang Islam di seluruh pelusuk dunia, untuk mengusahakan 5 amal masjid di masjid mereka dan di setiap masjid di seluruh dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar