DIPETIK DARI:
http://hambalialorstari.blogspot.com/2009_02_01_archive.html
(Penjara Twin Rivers Amerika
Syarikat)
Alhamdulillah kerja dakwah bukan
setakat di dalam Masjid atau Surau yang sesetengah masyarakat kita fikirkan.
Malah ianya diperlukan di berbagai tempat asalkan ianya bersesuaian. Antara
tempat yang jarang masyarakat kita fikirkan adalah dakwah di dalam penjara.
Kesan yang amat menakjubkan apabila dakwah ini dibuat di tempat sebegini kerana
mereka-mereka yang yang berada di sini biasanya dahaga kepada bimbingan dan
hidayah dari Allah swt. Banduan yang berada di penjara biasanya terputus dari
keluarga dan sahabat handai serta terputus dengan urusan keduniaan mereka.
Mereka yang tersisih begini jika didakwahkan kepada harapan kepada rahmat Allah
swt pastinya banyak memeberi kesan.
Sebagaimana yang dilapurkan,
ramai banduan yang berada di penjara-penjara di Amerika Syarikat dan di Eropah
banyak yang memeluk Islam apabila dakwah di dalam penjara di jalankan oleh
saudara kita yang berada di sana. Seperti di Monroe Correctional Complex,Twin
Rivers, Amerika Syarikat, ramai banduan telah memeluk agama Islam bila
kerja-kerja dakwah di laksanakan di sana. Kerja dakwah ini biasanya di jalankan
ketika waktu rehat penjara yang biasanya dibuat di ruang yang diizinkan oleh
pihak penjara. Hasilnya ramai yang terbuka kepada hidayat. Kata sebahagian para
banduan “Penjara boleh menjadi satu kuburan atau menjadi salah satu dari
taman-taman syurga.”
Di Malaysia, seingat penulis
memang ada dakwah yang dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh, khususnya di Kuala
Lumpur. Cuma kerja-kerja dakwah ini terbatas oleh orang-orang tertentu sahaja
dan di atas kebenaran pihak Penjara Malaysia serta atas mesyuarat Syura Sri
Petaling. Dulu pernah dilaksanakan kerja dakwah ini dengan kerjasama pihak
JAKIM. Semejak berpindah ke Seremban tidak tahu pulak penulis samaada aktiviti
ini masih berterusan atau pun tidak.
Pengalaman penulis ketika keluar
40 hari beberapa tahun yang lalu di Jambi, Indonesia. Penulis pernah di bawa ke
Penjara Kota Jambi. Penulis bersama teman di sana yang sememangnya ada hubungan
baik dengan pegawai penjara telah pergi ke salah satu penjara besar di Kota
Jambi. Sesampai di sana kami bertemu dengan pegawai tertinggi Penjara dan kami
dibenarkan memasuki penjara berkenaan dengan melalui tiga pintu utama yang
sememangnya dikawalan ketat. Bila masuk ke dalam penjara berkenaan kami melalui
kawasan penjara wanita. Apa lagi semua mata memerhatikan kepada kami. Apa
taknya dengan pakaian jubah serta serban yang kami pakai menjadi perhatian
semua warga penjara. Kebetulan waktu itu waktu istirehat penjara, maka mudah
untuk kami berjumpa banduan-banduan di situ. Kami terus ke Mushalla yang
terdapat di dalam penjara berkenaan bersebelahan dengan gereja.
Pegerakan kami diperhatikan oleh
setiap banduan yang berada di situ. Ada yang memberi salam kepada kami, mungkin
sebab teman penulis memang dikenali oleh sebahagian besar warga penjara
berkenaan. Sesampai penulis dan teman ke dalam Mushalla tersebut sudah ada
ramai yang menunggu sambil mendegar “Taklim Fadhail” yang di baca oleh salah
seorang banduan. Rupa-rupanya “jaulah” telah mereka lakukan sebelum kedatangan
kami. Penulis diminta untuk “bayan” (ceramah). Perasaan sebak yang teramat
menyelubungi penulis ketika memberi bayan yang menyebabkan sebahagian besar
banduan di situ menangis teresak-esak. “Bayan” yang penulis sampaikan banyak
membawa kepada rahmat Allah swt serta diselitkan dengan kisah Nabi Yusof as
dipenjarakan, lamanya sekitar satu jam dan di akhir kami macam biasa buat “tasykilan”.
MasyaAllah hampir semua yang bagi nama untuk “keluar”. Apa taknya bila kami
“tasykil”, “Siapa yang sedia mau keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari pak!” pinta
teman penulis. “Saya sedia pak!, kontan pak!”. “Memang le, siapa yang yang tak
nak keluar semua nak, ye le keluar dari penjara. Sapa yang tak nak, kontan
lagi” Jawab hati kecil penulis. “Patut le ramai yang bagi nama”. Namun penulis
yakin mereka memberi nama atas keazaman yang ikhlas melalui raut wajah mereka.
Hampir waktu istirehat selesai kami pun meminta izin beredar
Tidak ada komentar:
Posting Komentar